Tuesday, 24 May 2011

AKU CINTA PADAMU

dah few days tak berblogging rasa kerinduan pulak....actually dah 2-3 hari rindu ngan masakan udang mak, nak balik raya lama lagi la pulak...huwaaaa
alhamdullilah talking abt rania & aqim, both of them dah getting better cuma aqim selsema sikit, tapi daddy dah bawak g klinik malam td lps balik dari rumah kak yati.
emmmm semalam masa ambik rania, aku ternampak la muka si rania ada mcm blusher & eye shadows, ingatkan mata aku yg KO rupanya memang betul sebab teacher dia ckp sorry kak ek tadi kitaorg boring2 main2 ngan rania, tgk dia comel sangat kitaorg make up kan dia???boleh???aku terus????haaaaaa????
dalam hati aku sah2 dah berkata2 habis la muka anak aku, dah tentu dia baby sure alergik ni kang, memang betul pun, balik rumah je aku nampak dah naik bintik2 merah pastu kelopak mata dia dah bengkak....aku terus cuci ngan air suam cepat2!malam pkl 9 lebih muka rania naik banyak bintik2 halus, aku terus call kak fazilah, owner babyland tu....aku mengadu la kat dia apa yg anak2 buah dia dah buat?hangin kak fazilah tu dia kata nak call staf2 dia...pagi td masa hantar rania terus teacher dia mintak maaf....mcm2 hal diorang ni...
balik kang nak tengok apa pulak yang diorang nak buat kat rania??alhamdullilah la anak aku si rania ni comel tu yg asyik jadi mangsa disolek teacher2 dia...takpe la mommy sabar je....
dulu masa mengandung dia selalu aku ckp dlm hati aku nak anak lelaki, tetapi skrg aku selalu ckp it's actually good also to have a daughter especially like rania....amin
talking abt aqim pulak last monday, 23rd may 2011 for the first time dia sebut mommy, aku menangis because exactly dia sebut mommy.....aku tersentuh sangat2.....anak aku dah pandai ckp....banyak lagi perkataan yg dia pandai ckp tp paling best dia sebut chicken as "kakan" hehehehe...aqim aqim...my precious little boy!



Friday, 20 May 2011

**WAHAI ANAK-ANAKKU PUTERA MUSTAQIM RAMADHAN & PUTERI MUZDALIFA RANIA**

Buat Anak-Anakku Putera Mustaqim Ramadhan & 
Puteri Muzdalifa Rania

"Setiap kata yang diungkap mungkin tidak seindah pengertian yang hendakku layangkan,
kerana kita sedia maklum bahawa impian dan angan-angan itu indah dari dunia yang nyata,
dan betapa hidup ini terlalu banyak persoalan yang tergantung tanpa sebarang jawapan,
Cuma yang pasti kita cuba menghindarkan diri dari sebarang kemusnahan".
                                                                                         
Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania
Tatkala menatap wajah kalian terasa benar sinar cinta dan sayang ini,
Seperti hadirnya cahaya yang lebih besar nilainya dari sang suria,
Kehadiran kalian menjadi suatu cerita yang indah dalam sejarah kehidupanku,
Seakan aku tidak mahu melihat tubuh kalian membesar dewasa,
dan takkan mampu melepaskan kalian diruangan kehidupan ini,
takut akan kalian berhadapan dengan derita dan jika itu terjadi, ibu merelakan kebahagiaan ibu menjadi pengganti pada tangis sedih kecewa kalian.

Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania
Jika kalian dapat fahami,
Maka ketahuilah bahawa ibu mengharapkan masa depan kalian seperti kerlipan bintang yang menyinari ruangan kelamnya malam, menjadi titik kesayangan pada Penyair malam,
Ketahuilah juga bahawa ibu mengimpikan suaram kalian seperti laungan azan menyeru kebenaran pada simpang-simpang kepincangan kehidupan,
Selain itu, ketahuilah bahawa ibu mengangankan jasad kalian seperti jula-juli yang memberi inspirasi pada ruangan kepercayaan kejayaan seseorang,
dan ketahuilah bahawa ibu meletakkn tempat kalian berdua seperti sebentuk permata yang diidamkan disetiap sudut hati insan untuk dimiliki namun nilainya terlalu tinggi dari semua batasan dunia.

Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania,
Kerisauanku pada setiap inci tubuh kalian berdua, perasaan kalian dan tingkah laku kalian,
Tidak sesekali ibu merelakan 'calar' pada diri kalian wahai sayangku,
Mungkin 'impian' ibu ini terlalu mahal untuk dimiliki diruangan kehidupan biasa,
Namun ibu ingin kalian tahu bahawa betapa hebatnya kehadiran kalian padaku,
Menjadi persoalan sebelum kehadiran kalian, dan pabila kalian wujud di rahimku, kalian  menjadi 'impian dan angan'ku,
Kini, kalian segalanya seperti 'permintaanku' terhadap-Nya.

Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania,
Ibu ingin kamu tahu bahawa ibu 'terpaksa' berkongsikan diri kamu pada dunia,
Kerana kalian bukan milik ibu tetapi milik Nya,
Segala perjalanan langkah kaki kalian selepas ini adalah segalanya dalam tangan Allah SWT,
ibu hanya mampu mendoakan jasad dan kerohanian yang terbaik buat hidup kamu,
Ingatlah pesan ibu,
Sebagaimana apa yang ibu ingin kalian fahami dan ketahui tentang impian ibu terhadapmu,
Dan sesungguhnya, kalian adalah seperti nyawaku.


Tuesday, 17 May 2011

@My Lil' Princess Admitted in An Nur Specialist Hospital, Bangi@



what a heart breaking for me...Rania was admitted last Thursday 12.5.2011 until Monday 16.5.2011 due to bronchitis....hancur luluh hati tengok Rania kena suction hari2....mommy memang x sanggup, daddy yg teman Rania....mommy tunggu kat luar je dengar suara Rania menangis....bulan lepas Aqim masuk wad, bulan ni Rania pulak....adik beradik marathon sakit & masuk wad....but alhamdullilah Aqim is getting better since guna Aero Chamber (inhaler), Rania pun dah start guna benda yg sama, so far lps discharged sampai hari ni tgk Rania ok dah xbatuk & x dengar ada bunyi kahak lagi....semalam Abah & Mama datang bawak minyak kelapa, Atuk urut Rania & Aqim. Aqim kemain suka lagi, gelak terkekek2 Atuk urut dia....harap2 lepas ni Aqim & Rania dah x sakit2 lagi mommy & daddy kesian sangat tgk korang sakit....rasa mcm nak ambik je tempat korang....Terima Kasih to Dr Siti Arbaiyah & Dr Khairul Azman...special thanks also to nurses Wad Rose.....for their great job.Rania kat wad tu memang popular sampai wad tingkat 1 and budak2 admission unit kenal dia....pantang nampak Rania sure akan ckp ni la budak comel tu, ni la Puteri Muzdalifa tu....muka mcm jepun, muka mcm korea.....alhamdullilah Allah SWT kurniakan mommy anak yg comel...Abg Aqim dapat lesung pipit mcm Anuar Zain, Rania pulak mcm Puteri Korea.....terima kasih Allah SWT



Tuesday, 10 May 2011

@@Happy Mother's Day Mommy@@

Mother's Day was last Sunday....tapi aku celebrate dengan mama on Saturday since Sunday nak celebrate with Love, Aqim & Rania.....Mama kasi coklat yg dia buat sendiri and I bought her a Simply Siti make up set since dia suka tengok aku pakai cosmetic tu....Epul panggil mama "Simply Leha" hehehehe, lawak la Epul!I bought mama a cake and flowers too....this my 2nd time celebrated Mother's Day...last year dengan Aqim je now I have Rania jugak...memang the feeling rasa lain sangat...fantastic susah nak digambarkan....
The moment Daddy ckp kat Aqim kiss mommy,hug mommy...aqim berlari datang kat aku, aku terus nangis....memang rasa sayu sangat....and aqim dah faham apa yg daddy dia ckp....Ya Allah, terima kasih diatas kurnian Mu ini!Amin

So on Sunday, my Love surprised me with a Cake, ingatkan dia keluar ngan aqim ckp nak beli barang2 nak buat BBQ rupanya dia pergi beli kek, berpakat anak beranak berdua tu....daddy panggang ikan pari...huhuhu sedapnya....Thanks Love!

To Mama, Puan Zaliha Yaman & Mak, Puan Hajjah Mordiah Hj Mahmud....I LoVe Both of U so much....
To Love, Aqim & Rania....Mommy sangat sayangkan kalian lebih dari segala2nya.....




**Majlis Cukur Rambut Rania @ Sibu - 23.4.2011**







Masyallah giler lama x update blog ni...takde masa nak spend nak curi2 pun....tu la dia, manusia ni sentiasa x cukup masa walaupun diberi 24 jam....tambah2 kalau dah ada anak2 ni lg la jd kelam kabut dibuatnya....well on 23 April lepas majlis cukur rambut Rania selamat diadakan kat rumah kak ngah kat sibu...i didn't know that kak ngah volunteer nak buat kat rumah dia, anyhow kak ngah 2 thumbs up for u!u r great!mak of la superb dengan kak long...super woman & wonderwoman....mama pulak...bab2 beli barang2 nak kasi goodie kat org serahkan kat dia...expert.....so memang meriah la majlis tu...mama & abah first time tgk org sarawak buat majlis mcm ni...diorang excited...tambah2 tgk cucu muka korea diorang ni...makanan pun best2 cuma yg x bestnya sebab aqim x bape sihat....masa malam lps majlis cukur rambut tu aqim dah start batuk so kemuncaknya hari ahad bawak g emergency terus kena masuk wad first time aku tgk aqim x boleh bernafas & muka dia jadi biru...memang sayu sangat hati..mommy & daddy marathon menangis tgk aqim...atuk, nenek aki pun nangis jugak...xsampai hati nak tgk aqim mcm tu!siap kena x ray semua,so doktor diagnosed aqim kena pneumonia which infection paru2 so aqim memang kena admit, mommy dah runsing sebab masuk hospital kerajaan but daddy kata insyallah keadaan aqim will get better...tgk masuk private dah bape kali x baik2 jugak cuma kena tahan je la ngan layanan hosp kerajaan ni...semuanya mommy kena sabar tahap gaban punya!tapi xpe la demi buah hati mommy, mommy sanggup janji aqim sihat!habis tiket flight kena cancel...huwaaa sib baik nek puan sayang aqim & rania so kow tim belikan tiket baru...tq nek puan i love u so strong....hehehhee, so merasa la aqim 3 hari duduk wad hospital kerajaan....mcm2 budak2 mommy jumpa...ada yg lebih teruk siap dgn segala mak nenek wayar melingkar kat hidung & mulut, dlm hati mommy...alhamdullilah anak aku x seteruk diorang yg rata2 kebanyakan datang dari ICU baru masuk wad asthma ni.Terima kasih Allah SWT krn masih memberikan aku kesempatan utk melihat kesihatan aqim bertambah baik...mommy x sanggup nak tgk aqim sakit mcm ni lg...biarlah mommy yg tanggung semua....so hari rabu 27 april lps discharge terus balik KL...flight tengahri sampai KL bawak rania pulak g paediatrician since rania dah start batuk...another dugaan for mommy & daddy!tapi satu kejadian yg jadi kat hospital jumpa ngan 'seorg lelaki hensem' tlh sedarkan mommy ni semua dugaan & ada sebabnya....Allah sayang kan family kita!