Thursday, 13 October 2011

Aku Rindu Sayang Kamu!

Dah 3 hari Rania demam panas, siang ok, malam demam, bila tanya kat Babyland dia, teacher kata dia ok, makan ok, main2 ok tapi bila malam dia tidur, merengek2......Rania rindu kat Arwah Atok kot or Arwah Atok datang tengok Rania, it's either way....I believe baby can see something that we as an adult couldn't see....
Anyhow, tadi pagi Daddy dah bawak Rania pergi jumpa doktor and temperature dia dah drop sikit from 38++ ke 37++ at least Mommy boleh buat keja kat opis ni dengan tenteram sikit walaupun x bape nak tenteram sebenarnya, Daddy kata Doktor dah bagi ubat demam, ubat batuk & selsema, Insyallah harao2 Rania sihat lepas ni. Malam tadi Rania asyik merengek, bila peluk dia sambil tepuk2 dia senyap...bila aku berpaling peluk Aqim dia merengek balik, jeles la tu Mommy peluk2 Abang dia.....Aqim pulak malam td susah nak tidur, dah kena marah baru nak tidur, kesian dengar dia nangis sebab kena marah....tapi nak buat mcmana kena paksa belajar tidur awal otherwise esok sampai besar suka tidur lambat2!
Last few days, aku mimpi arwah Abah, dalam mimpi tu arwah Abah pakai jubah putih & ketayap putih, bersih je muka arwah....aku x dpt dengar apa dia ckp since it was his soul yg berckp but aku faham dalam hati....Arwah pesan jaga Mama, Adik2 & Anak2 Baik2....Arwah kata nanti kita akan jumpa lagi...dia dah nak pergi jauh tapi kita akan jumpa lagi, bila aku panggil nama dia bila dia nak melangkah tu dia berpaling & senyum...aku menangis sebab aku nak peluk dia....tapi tiba2 aku sedar.....aku tau insyallah satu hari kita akan jumpa balik, mungkin di syurga, padanga mahsyar or mana2....semua tu ketentuan Allah SWT, yang penting kalau aku dapat jumpa arwah abah, aku nak peluk & cium dia....Ya Allah rindunya aku pada arwah. Esok aku dengan Mama nak balik seremban, aku nak ziarah kubur arwah, sekurang2nya hilang sikit rindu aku pada arwah.....Al Fatihah!

Friday, 7 October 2011

Aku Rindu Abah....Sakit Hati Ini!

Hari genap 103 hari Arwah Abah pergi mengadap Illahi! Aku pulak???masih teringat & rindu padanya!
sakit hati bila seolah2 mcm terdengar suara dia, gelak dia, gelagat dia & segala2 mengenai dia...aku sakit hati...Mama pulak aku rasa lebih sedih dari aku tapi dia x tunjuk...cuma bila kita mula bercakap tentang arwah, mama akan sedih!
Pada 1 Oktober lepas, kami buat tahlil arwah abah untuk hari ke 100 walaupun pada hari tu arwah genap 97 hari. Nisan diturunkan, Wan dengan Adik tunggu kat kubur sebab tgk keja2 menurunkan nisan tu...
Aku sempat ambik gambar sebab nak post kat FB bagi Nana tengok since dia dah kat Riyadh masa tu...
Dah la....aku sakit hati bila cakp pasal Arwah Abah sebab AKU RINDU SANGAT KAT DIA!AKU NAK NANGIS!







Monday, 4 July 2011

Separuh Jiwaku Pergi...Abah Along Rindu

Buat pertama kali dalam hidup aku merasakan kehilangan yg amat sangat.....xboleh digambarkan dengan kata2, itu la kata pepatah apabila kita terlalu menyayangi seseorg kita kena lepaskan dia....tapi kalau lepaskan dan org itu akan kembali tak mengapa, bagaimana kalau pergi untuk selama2nya?
Pada tanggal 26 June 2011 @ 5.50 pm, Abah pergi meninggalkan aku untuk selama2nya untuk mengadap Illahi dalam keadaan aku yg belum bersedia utk melepaskannya....hebat sungguh kuasa Allah SWT, aku baru saje berjumpa dengan arwah malam jumaat 24 June, tapi aku x tengok langsung muka arwah sebab aku kecik hati, sms arwah pun aku x balas....aku hanya hantar hadiah sempena Father's Day pada arwah...masih terngiang2 suara arwah panggil aku & tanya cucu kesayangan dia Rania???aku tau arwah sayangkan Rania...kerana mereka berkongsi harijadi yg berbeza sehari dan wajah Rania yg berbeza dari cucu2nya yg lain...tapi aku redha ini semua ketentuan Allah SWT, Allah yang lebih mengetahui apa yg terbaik buat arwah.
Cuma satu yg aku terkilan arwah tak sempat nak jumpa Rania dan belikan baju untuk Adir...hubbyku.....arwah dah janji nak keluar makan dengan aku sempena Father's Day & birthday adir...arwah beria2 nak datang rumah aku kerana dia bgtau mama yg dia tau aku kecik hati dengan arwah!
Abah...along dah xkisah semua tu, Along rindu Abah...kalau boleh along nak Abah ada depan Along sekarang, Along nak peluk & cium Abah....Abah balik la....tapi itu semua aku tau x mungkin akan terjadi, aku paling sedih dan sebak bila aku cium dahi & pipi jenazah buat kali terakhir kerana aku tau itu adalah yg penghabisan aku dpt buat mcm tu....lps ni tak kan ada lagi....aku sedih yg teramat sangat...Adir pun hanya mampu memeluk aku & mententeramkan aku.....apabila aku lihat Mama mula menangis bila jenazah dibawa keluar dari rumah aku makin sebak....bagaimana Mama nak lalui hidup tanpa Abah???
Rania & Aqim x sempat nak rasa kasih sayang Abah lagi.....Aqim banyak kali sebut nama ATUK....aku tau dia nampak arwah Abah.....sekurang2nya aku tau arwah Abah sentiasa ada dekat dengan kami....
Sekarang ni aku dengan Nana bergilir2 jaga Mama sementara kubur arwah masih merah....aku tau arwah pun harapkan aku dengan Nana berbaik & jaga Mama....aku tau arwah gembira dengan perdamaian ini cuma kenapa bila arwah dah tiada mereka semua baru nak sedar silap masing2???
Sekarang yg aku tau aku mahu membahagiakan Mama & jaga Mama....kerana hanya Mama sahaja yg aku ada didunia ini....Ya Allah Ya Tuhanku Kau Ampunilah dosa arwah Abah dan Kau tempatkanlah arwah dikalangan mereka yg beriman...kau ringankanlah bebanan seksaaan arwah di alam barzakh!Amin ya Rabbil Alamin!


Thursday, 16 June 2011

@ Rania is admitted again... and I am totally STRESS @

Rania is admitted again in Hospital Pakar An Nur, Bangi due to high fever...and I am totally stress....she has been losing her weight. Yesterday, during her 6 months appointment she cannot take her injection since the fever is high...and this morning we can't think of anything but taking her to hospital. I dont want to go to hospital because I dont want her to be admitted again and again, and again she has to be admitted. ohhhh justtt another test for me. The worst part is today is my husbby 35th birthday and Rania is down with high fever, what a great test for mommy & daddy. Rania please get well, both of us are so worried about you. Last nite, u really scared me to death, mommy can see u turning blue....and I told myself is Rania dying????I've been hugging and kissing you.......If mommy can exchange with you definetely mommy will take your place!Mommy love u so much, please get well soon Cikulik Cikulik Kulik Kulik Kulik!


Monday, 6 June 2011

I'm Here Without U Baby!

dah lama jugak x berblogging ni...xberkesempatan nak upload gambar & karang ayat....banyak sgt benda nak buat....last 2 weeks we were in Ipoh, it was Rania's first trip there....ada wedding anak mak yong....alhamdullilah everything was smooth...kitaorg tido kat Hotel Seri Malaysia, ingatkan nak bg aqim swimming tapi dia ngan rania dua2 selsema, so cancel la...bagi dia tgk pool je. Last week pulak pergi Ijok rumah mak ros & tido sana since last week masa g Ipoh x sempat nak tido....aqim sekrang ni dah tinggal kat Ijok for few days since nanny baru ni kejanya cuti je...asal cuti sekolah dia pun nak cuti, so x leh nak comment la...daddy & mommy tak leh nak ambik cuti so mak ros volunteer nak jaga aqim...alhamdullilah.
Rania pun tgh selsema skrg ni, mommy pun batuk...aqim x tau mcmana, semalam masa called mak ros, mak ros kata aqim asyik main je ngan kakak sebelah rumah tu (anak buah mak ros)....kira ok la dia x merengek2 lagi....mommy yg stress, rindu kat aqim, nasib semalam mommy dpt dengar suara aqim masa mommy call....sweet je bunyi suara aqim panggil "Mommy"...tau la aqim perfect sebut "Daddy" tapi bila panggil mommy rasa sejuk je hati....hilang semua masalah. betul la apa org selalu ckp bila ada anak sendiri baru kita tau mcmana nikmatnya bergelar Ibu segala sakit masa bersalin kita dah x ingat langsung. Allah SWT memang Maha hebat.....this week maybe Rabu or Khamis aqim balik, since mak ros nak dtg KL so mommy dah x payah nak rindu2 aqim lagi....ok la mommy nak call aqim sekrg...




Tuesday, 24 May 2011

AKU CINTA PADAMU

dah few days tak berblogging rasa kerinduan pulak....actually dah 2-3 hari rindu ngan masakan udang mak, nak balik raya lama lagi la pulak...huwaaaa
alhamdullilah talking abt rania & aqim, both of them dah getting better cuma aqim selsema sikit, tapi daddy dah bawak g klinik malam td lps balik dari rumah kak yati.
emmmm semalam masa ambik rania, aku ternampak la muka si rania ada mcm blusher & eye shadows, ingatkan mata aku yg KO rupanya memang betul sebab teacher dia ckp sorry kak ek tadi kitaorg boring2 main2 ngan rania, tgk dia comel sangat kitaorg make up kan dia???boleh???aku terus????haaaaaa????
dalam hati aku sah2 dah berkata2 habis la muka anak aku, dah tentu dia baby sure alergik ni kang, memang betul pun, balik rumah je aku nampak dah naik bintik2 merah pastu kelopak mata dia dah bengkak....aku terus cuci ngan air suam cepat2!malam pkl 9 lebih muka rania naik banyak bintik2 halus, aku terus call kak fazilah, owner babyland tu....aku mengadu la kat dia apa yg anak2 buah dia dah buat?hangin kak fazilah tu dia kata nak call staf2 dia...pagi td masa hantar rania terus teacher dia mintak maaf....mcm2 hal diorang ni...
balik kang nak tengok apa pulak yang diorang nak buat kat rania??alhamdullilah la anak aku si rania ni comel tu yg asyik jadi mangsa disolek teacher2 dia...takpe la mommy sabar je....
dulu masa mengandung dia selalu aku ckp dlm hati aku nak anak lelaki, tetapi skrg aku selalu ckp it's actually good also to have a daughter especially like rania....amin
talking abt aqim pulak last monday, 23rd may 2011 for the first time dia sebut mommy, aku menangis because exactly dia sebut mommy.....aku tersentuh sangat2.....anak aku dah pandai ckp....banyak lagi perkataan yg dia pandai ckp tp paling best dia sebut chicken as "kakan" hehehehe...aqim aqim...my precious little boy!



Friday, 20 May 2011

**WAHAI ANAK-ANAKKU PUTERA MUSTAQIM RAMADHAN & PUTERI MUZDALIFA RANIA**

Buat Anak-Anakku Putera Mustaqim Ramadhan & 
Puteri Muzdalifa Rania

"Setiap kata yang diungkap mungkin tidak seindah pengertian yang hendakku layangkan,
kerana kita sedia maklum bahawa impian dan angan-angan itu indah dari dunia yang nyata,
dan betapa hidup ini terlalu banyak persoalan yang tergantung tanpa sebarang jawapan,
Cuma yang pasti kita cuba menghindarkan diri dari sebarang kemusnahan".
                                                                                         
Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania
Tatkala menatap wajah kalian terasa benar sinar cinta dan sayang ini,
Seperti hadirnya cahaya yang lebih besar nilainya dari sang suria,
Kehadiran kalian menjadi suatu cerita yang indah dalam sejarah kehidupanku,
Seakan aku tidak mahu melihat tubuh kalian membesar dewasa,
dan takkan mampu melepaskan kalian diruangan kehidupan ini,
takut akan kalian berhadapan dengan derita dan jika itu terjadi, ibu merelakan kebahagiaan ibu menjadi pengganti pada tangis sedih kecewa kalian.

Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania
Jika kalian dapat fahami,
Maka ketahuilah bahawa ibu mengharapkan masa depan kalian seperti kerlipan bintang yang menyinari ruangan kelamnya malam, menjadi titik kesayangan pada Penyair malam,
Ketahuilah juga bahawa ibu mengimpikan suaram kalian seperti laungan azan menyeru kebenaran pada simpang-simpang kepincangan kehidupan,
Selain itu, ketahuilah bahawa ibu mengangankan jasad kalian seperti jula-juli yang memberi inspirasi pada ruangan kepercayaan kejayaan seseorang,
dan ketahuilah bahawa ibu meletakkn tempat kalian berdua seperti sebentuk permata yang diidamkan disetiap sudut hati insan untuk dimiliki namun nilainya terlalu tinggi dari semua batasan dunia.

Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania,
Kerisauanku pada setiap inci tubuh kalian berdua, perasaan kalian dan tingkah laku kalian,
Tidak sesekali ibu merelakan 'calar' pada diri kalian wahai sayangku,
Mungkin 'impian' ibu ini terlalu mahal untuk dimiliki diruangan kehidupan biasa,
Namun ibu ingin kalian tahu bahawa betapa hebatnya kehadiran kalian padaku,
Menjadi persoalan sebelum kehadiran kalian, dan pabila kalian wujud di rahimku, kalian  menjadi 'impian dan angan'ku,
Kini, kalian segalanya seperti 'permintaanku' terhadap-Nya.

Wahai anak-anakku Putera Mustaqim Ramadhan & Puteri Muzdalifa Rania,
Ibu ingin kamu tahu bahawa ibu 'terpaksa' berkongsikan diri kamu pada dunia,
Kerana kalian bukan milik ibu tetapi milik Nya,
Segala perjalanan langkah kaki kalian selepas ini adalah segalanya dalam tangan Allah SWT,
ibu hanya mampu mendoakan jasad dan kerohanian yang terbaik buat hidup kamu,
Ingatlah pesan ibu,
Sebagaimana apa yang ibu ingin kalian fahami dan ketahui tentang impian ibu terhadapmu,
Dan sesungguhnya, kalian adalah seperti nyawaku.


Tuesday, 17 May 2011

@My Lil' Princess Admitted in An Nur Specialist Hospital, Bangi@



what a heart breaking for me...Rania was admitted last Thursday 12.5.2011 until Monday 16.5.2011 due to bronchitis....hancur luluh hati tengok Rania kena suction hari2....mommy memang x sanggup, daddy yg teman Rania....mommy tunggu kat luar je dengar suara Rania menangis....bulan lepas Aqim masuk wad, bulan ni Rania pulak....adik beradik marathon sakit & masuk wad....but alhamdullilah Aqim is getting better since guna Aero Chamber (inhaler), Rania pun dah start guna benda yg sama, so far lps discharged sampai hari ni tgk Rania ok dah xbatuk & x dengar ada bunyi kahak lagi....semalam Abah & Mama datang bawak minyak kelapa, Atuk urut Rania & Aqim. Aqim kemain suka lagi, gelak terkekek2 Atuk urut dia....harap2 lepas ni Aqim & Rania dah x sakit2 lagi mommy & daddy kesian sangat tgk korang sakit....rasa mcm nak ambik je tempat korang....Terima Kasih to Dr Siti Arbaiyah & Dr Khairul Azman...special thanks also to nurses Wad Rose.....for their great job.Rania kat wad tu memang popular sampai wad tingkat 1 and budak2 admission unit kenal dia....pantang nampak Rania sure akan ckp ni la budak comel tu, ni la Puteri Muzdalifa tu....muka mcm jepun, muka mcm korea.....alhamdullilah Allah SWT kurniakan mommy anak yg comel...Abg Aqim dapat lesung pipit mcm Anuar Zain, Rania pulak mcm Puteri Korea.....terima kasih Allah SWT



Tuesday, 10 May 2011

@@Happy Mother's Day Mommy@@

Mother's Day was last Sunday....tapi aku celebrate dengan mama on Saturday since Sunday nak celebrate with Love, Aqim & Rania.....Mama kasi coklat yg dia buat sendiri and I bought her a Simply Siti make up set since dia suka tengok aku pakai cosmetic tu....Epul panggil mama "Simply Leha" hehehehe, lawak la Epul!I bought mama a cake and flowers too....this my 2nd time celebrated Mother's Day...last year dengan Aqim je now I have Rania jugak...memang the feeling rasa lain sangat...fantastic susah nak digambarkan....
The moment Daddy ckp kat Aqim kiss mommy,hug mommy...aqim berlari datang kat aku, aku terus nangis....memang rasa sayu sangat....and aqim dah faham apa yg daddy dia ckp....Ya Allah, terima kasih diatas kurnian Mu ini!Amin

So on Sunday, my Love surprised me with a Cake, ingatkan dia keluar ngan aqim ckp nak beli barang2 nak buat BBQ rupanya dia pergi beli kek, berpakat anak beranak berdua tu....daddy panggang ikan pari...huhuhu sedapnya....Thanks Love!

To Mama, Puan Zaliha Yaman & Mak, Puan Hajjah Mordiah Hj Mahmud....I LoVe Both of U so much....
To Love, Aqim & Rania....Mommy sangat sayangkan kalian lebih dari segala2nya.....




**Majlis Cukur Rambut Rania @ Sibu - 23.4.2011**







Masyallah giler lama x update blog ni...takde masa nak spend nak curi2 pun....tu la dia, manusia ni sentiasa x cukup masa walaupun diberi 24 jam....tambah2 kalau dah ada anak2 ni lg la jd kelam kabut dibuatnya....well on 23 April lepas majlis cukur rambut Rania selamat diadakan kat rumah kak ngah kat sibu...i didn't know that kak ngah volunteer nak buat kat rumah dia, anyhow kak ngah 2 thumbs up for u!u r great!mak of la superb dengan kak long...super woman & wonderwoman....mama pulak...bab2 beli barang2 nak kasi goodie kat org serahkan kat dia...expert.....so memang meriah la majlis tu...mama & abah first time tgk org sarawak buat majlis mcm ni...diorang excited...tambah2 tgk cucu muka korea diorang ni...makanan pun best2 cuma yg x bestnya sebab aqim x bape sihat....masa malam lps majlis cukur rambut tu aqim dah start batuk so kemuncaknya hari ahad bawak g emergency terus kena masuk wad first time aku tgk aqim x boleh bernafas & muka dia jadi biru...memang sayu sangat hati..mommy & daddy marathon menangis tgk aqim...atuk, nenek aki pun nangis jugak...xsampai hati nak tgk aqim mcm tu!siap kena x ray semua,so doktor diagnosed aqim kena pneumonia which infection paru2 so aqim memang kena admit, mommy dah runsing sebab masuk hospital kerajaan but daddy kata insyallah keadaan aqim will get better...tgk masuk private dah bape kali x baik2 jugak cuma kena tahan je la ngan layanan hosp kerajaan ni...semuanya mommy kena sabar tahap gaban punya!tapi xpe la demi buah hati mommy, mommy sanggup janji aqim sihat!habis tiket flight kena cancel...huwaaa sib baik nek puan sayang aqim & rania so kow tim belikan tiket baru...tq nek puan i love u so strong....hehehhee, so merasa la aqim 3 hari duduk wad hospital kerajaan....mcm2 budak2 mommy jumpa...ada yg lebih teruk siap dgn segala mak nenek wayar melingkar kat hidung & mulut, dlm hati mommy...alhamdullilah anak aku x seteruk diorang yg rata2 kebanyakan datang dari ICU baru masuk wad asthma ni.Terima kasih Allah SWT krn masih memberikan aku kesempatan utk melihat kesihatan aqim bertambah baik...mommy x sanggup nak tgk aqim sakit mcm ni lg...biarlah mommy yg tanggung semua....so hari rabu 27 april lps discharge terus balik KL...flight tengahri sampai KL bawak rania pulak g paediatrician since rania dah start batuk...another dugaan for mommy & daddy!tapi satu kejadian yg jadi kat hospital jumpa ngan 'seorg lelaki hensem' tlh sedarkan mommy ni semua dugaan & ada sebabnya....Allah sayang kan family kita!

Monday, 18 April 2011

+Sedetik Lebih+

wahhh giler lama gua tidak mengupdate blog....rindu rasanya.....maklumla ada 2 budak kecik yg nak kena handle...jadi masa sentiasa terbatas di situ.....sekrg ni rania dah totally mcm naruto shippuden, si aqim pulak dah mcm ultraman.....massyallah giler buas budak berdua tu....rania officially meniarap masa hari ke 101.....so mommy adalah sangat happy skrg ni dia nak start forward kan badan dia ke depan....
actually banyak benda nak cite but then x tau mana nak mula.....this weekend we all nak balik sibu for rania punya majis cukur jambul dia...mama & abah pun akan ikut sekali....yeaaa happy, last 2 weeks pergi beli barang2 utk goodie bags rania....ngan mama....merasa la aku nak bawak naik flight ya....fuhhhhh
tapi tak apa demi naruto kecik ku mommy gagahkan diriku ini....
lately ni my feeling adalah sangat touching especially bila dengar lagu anuar zain sedetik lebih, i will always imagine Aqim & Rania setiap kali dengar lagu tu.....
semalam masa tengah kemas2 baju aqim & rania nak hantar g nursery....daddy tiba2 berckp...saya rasa ramai org sayang aqim coz dia manja, tengok la mak ros, ayah & makcik edah semua sayang aqim. 'anak awak tu manja...semua org sayang'......wah mommy bangga la anak mommy ada ramai org sayang tu belum lagi jumpa nek puan & nek aki kat sibu....harus mommy tabik kat aqim sebab sure akan menjadi perhatian....
rania jangan ckp la kemana saje bawak dia sure org akan berenti 2-3 kali tengok dia sebab muka dia yg pelik & lain drpd mommy & daddy....rasanya rania banyak ikut muka nek puan dia.....sejibik....hehehhee
mcmana la reaksi nek puan & nek aki nanti....

Thursday, 31 March 2011

*My 31st Birthday*

Yes, i turned 31 years old today....what a beautiful day.....i was so touched this morning when my love kissed and wished me....followed by aqim......rania of coz la x tau apa2 lagi.....then on the way to work Abah pulak wish....memang sgt terharu....I was crying while driving and of coz nangis krn gembira.....
later ramai yg wish kat FB and my siblings sms me...i feel so happy and overjoy.
Tengahari td received flowers from my love.....written there from Aqim, Rania & Daddy....I almost cried because....dengan kehadiran 3 of them in my life....I think I am the MOST HAPPIEST WOMAN in the world....thank u Love....I Love U SO Much......Aqim & Rania...Mommy loves both of U.....sangat2.....tiada kata2 yg dapat Mommy gambarkan betapa kalian berdua sangat2 bermakna dlm hidup Mommy....huwaaa Mommy nak nangis.....I think hari ni memang hari nangis sedunia la. Later malam td...abah & mama belanja dinner kat Matsirat...adik epul x dpt dtg sebab dok berjalan sakan ngan Black kat MV...hampeh....
anywhere it was a great 31st birthday and thank u Allah SWT for all this.....




Tuesday, 29 March 2011

=Rindu Berblogging=

Adalah sudah beberapa hari tidak berblogging...motip???banyak keja....serabut..dah dapat banyak appointment...surat banyak nak kena keluar.....aku suka.....minggu lps adalah banyak hari 'mengcurse' orang...tapi bila pikirkan muka comel aqim & rania...hati menjadi sejuk...that's what my GS said always think abt your beautiful babies when u feel depressed....dan ia adalah sgt betul...sila pergi ke longkang kepada perempuan tua itu....mentang2 la ko dah 20 tahun keja....dari mula sampai ko pencen la ko duduk sini....
dan aku adalah tlh mengenal pasti seorg 'kwn' yg x boleh buat kwn....jenis takut dithreaten....takut tempat dia kena ambik...hello friend kalau ko confident ngan diri ko xpayah rasa terancam la....mcm terumbu karang je ko ni....Minggu lepas ada syorga.....kerana daddy membeli belah utk mommy, aqim & rania....the best part is mana2 aku pergi bersama aqim & rania pasti menjd perhatian budak berdua tu....firstly because hidung diorang yg mancung & second sebab muka dua2 lain...maybe sebab kacukan melanau....hahahha


rania adalah sgt menjd pojaan.....sebab muka korean dia....bagus jugak aku terkenan ngan org korea...dan lihatlah hasilnya....huhuhu....another few weeks nak balik sibu...mama & abah confirm nak ikut sebab nak attend sekali rania punya majlis cukur jambul....so it's going to be fun....rindu gilak dengan bapak & mak...especially masakan udang mak....errmmm sedapnya.....ok la nak sambung keja....nanti berblogging lagi

Monday, 21 March 2011

++ Inilah perasaan seorg IBU++

At times, aku terpikir mcmana la perasaan semua ibu bila anak2 sakit???Dan bila aku sendiri menjadi seorg IBU I understand ia adalah sgt2 menyakitkan hati bila kena tgk anak2 kena buat suction, ambik darah, dan mcm2 lagi.....sangat2 sakit hati, air mata jgn cite la...mengalir mcm air terjun je....
when aqim & rania was admitted for few days, aku rasa down sangat....kenapa ujian ini Allah SWT bagi???mungkin utk menguji kekuatan aku & my love....anyhow alhamdullilah both of them are getting better....
my love hari2 bising2 sebab aku suka pasang aircond....dgn alasan rania panas....padahal aku yg panas...wakakka....dan bercerita bab ibu jugak aku hangin dengan mangkuk 2 ekor kat opis ni mcm la diorang xpernah ada anak kecik...memang hampeh!buat dah la mcm haram......bila aku masuk opis coz time off....aku tunggu masa je nak meletup kalau diorang bukak mulut...anak aku yg sakit bukan anak ko so xpayah la nak concern sangat ya!

Sunday, 20 March 2011

+Another Suction Day+

Today another suction for Rania....pity her.....mommy adalah sangat sedih tgk rania kena sedut but nak buat mcmana???utk kebaikan adik jugak kan....time off dari pkl 9 sampai 12...bila sampai opis tgk muka 2 ekor haram ni buat sakit hati je....dah tua tp dua2 ekor bodoh takde otak mcm la x pernah ada anak, aku doakan semoga dua ekor ni cepat mati & bersara dari opis ni. Amin. memang x baik doakan org mcm tu tp ada aku kisah???About rania....harap2 hari ni kali terakhir kena suction dah x sanggup rasanya....My Love pun bila aku tgk muka dia.....mcm x sampai hati tgk anak kesayangan dia kena mcm tu.....

Putrajaya Hot Ballon Fiesta

Hari ni adalah sgt hampa kerana x kesampaian nak tgk hot ballon, apa yg termampu duduk kat taman depan MOF sambil tunggu ballon naik, last2 daddy belikan aqim bola and main kat taman tu. Rania adalah sgt baik today coz dia dok berckp dgn angin yg bertiup. Two thumbs up for both my prince n princess today....yeaaay.Semalam lps suction rania ok sikit, tomorrow sambung suction lagi, doktor suruh admit wad lagi semalam but daddy x kasi sebab asyik masuk wad je.....so we decided berulang alik for the suction.wish me luckutk tgk suction tu lagi.....huuhuhu

Saturday, 19 March 2011

It's My First Time.....

Helooooooo....it is my first time doin this....but anyhow, I just want to share the joy of being a mommy to my charming & beautiful Prince & Princess of Melanau! Abah & Mama came to visit Aqim & Rania today,as usual Abah will membebel2 sebab Rania sakit....so to be blame is me la.....dah nak sakit nak buat mcmana???huhuhu.....abah belikan nasi lemak yg sedap...x tau apa nama kedai tu but then kedai tu kwn adik yg punya akak acu epul!Pagi tadi pergi buat suction rania from 10 am sampai 2 pm baru settle...mak ai punya la ramai patients dr atiqah....ada yg sampai mengamuk kat registration counter sebab tunggu lama.....mommy pun dah angin jugak td....hehehe, tp demi nak baik kan both of my sweet pie ku tahan juga jebat!