Buat pertama kali dalam hidup aku merasakan kehilangan yg amat sangat.....xboleh digambarkan dengan kata2, itu la kata pepatah apabila kita terlalu menyayangi seseorg kita kena lepaskan dia....tapi kalau lepaskan dan org itu akan kembali tak mengapa, bagaimana kalau pergi untuk selama2nya?
Pada tanggal 26 June 2011 @ 5.50 pm, Abah pergi meninggalkan aku untuk selama2nya untuk mengadap Illahi dalam keadaan aku yg belum bersedia utk melepaskannya....hebat sungguh kuasa Allah SWT, aku baru saje berjumpa dengan arwah malam jumaat 24 June, tapi aku x tengok langsung muka arwah sebab aku kecik hati, sms arwah pun aku x balas....aku hanya hantar hadiah sempena Father's Day pada arwah...masih terngiang2 suara arwah panggil aku & tanya cucu kesayangan dia Rania???aku tau arwah sayangkan Rania...kerana mereka berkongsi harijadi yg berbeza sehari dan wajah Rania yg berbeza dari cucu2nya yg lain...tapi aku redha ini semua ketentuan Allah SWT, Allah yang lebih mengetahui apa yg terbaik buat arwah.
Cuma satu yg aku terkilan arwah tak sempat nak jumpa Rania dan belikan baju untuk Adir...hubbyku.....arwah dah janji nak keluar makan dengan aku sempena Father's Day & birthday adir...arwah beria2 nak datang rumah aku kerana dia bgtau mama yg dia tau aku kecik hati dengan arwah!
Abah...along dah xkisah semua tu, Along rindu Abah...kalau boleh along nak Abah ada depan Along sekarang, Along nak peluk & cium Abah....Abah balik la....tapi itu semua aku tau x mungkin akan terjadi, aku paling sedih dan sebak bila aku cium dahi & pipi jenazah buat kali terakhir kerana aku tau itu adalah yg penghabisan aku dpt buat mcm tu....lps ni tak kan ada lagi....aku sedih yg teramat sangat...Adir pun hanya mampu memeluk aku & mententeramkan aku.....apabila aku lihat Mama mula menangis bila jenazah dibawa keluar dari rumah aku makin sebak....bagaimana Mama nak lalui hidup tanpa Abah???
Rania & Aqim x sempat nak rasa kasih sayang Abah lagi.....Aqim banyak kali sebut nama ATUK....aku tau dia nampak arwah Abah.....sekurang2nya aku tau arwah Abah sentiasa ada dekat dengan kami....
Sekarang ni aku dengan Nana bergilir2 jaga Mama sementara kubur arwah masih merah....aku tau arwah pun harapkan aku dengan Nana berbaik & jaga Mama....aku tau arwah gembira dengan perdamaian ini cuma kenapa bila arwah dah tiada mereka semua baru nak sedar silap masing2???
Sekarang yg aku tau aku mahu membahagiakan Mama & jaga Mama....kerana hanya Mama sahaja yg aku ada didunia ini....Ya Allah Ya Tuhanku Kau Ampunilah dosa arwah Abah dan Kau tempatkanlah arwah dikalangan mereka yg beriman...kau ringankanlah bebanan seksaaan arwah di alam barzakh!Amin ya Rabbil Alamin!